Your Preferred 21st Century Lifelong Learning Partner

Ramai salah faham tentang Active Learning!
Jangan sampai anda jadi mangsa mitos-mitos pelik tentang kaedah pembelajaran ini. Mari kita betulkan satu per satu! 🧵

1️⃣ Mitos #1: Active Learning kena bergerak ke sana sini 🏃🏻‍♂️
“Kalau tak melompat sambil belajar, maknanya pasif!” Eh, siapa cakap? Active Learning ini soal otak bergerak, bukan badan.
Kalau belajar sambil berlari atas treadmill buat anda lebih faham fizik, teruskanlah. Tapi kalau sekadar belajar sambil duduk diam pun berkesan, itu tetap active.

2️⃣ Mitos #2: Kena belajar dalam kumpulan 👥
Ramai fikir Active Learning = kerja berkumpulan setiap masa. Padahal, belajar seorang diri pun boleh aktif, selagi anda berfikir secara kritikal!
Contohnya, baca nota dan cuba terangkan balik dengan bahasa sendiri tanpa tengok teks. Itu jauh lebih aktif daripada sekadar baca sambil termenung. 😴
Of course cara yang paling bagus ialah aktiviti ringkas dengan partner sebelah macam Think-Pair-Share atau Brainstorming session

3️⃣ Mitos #3: Lagi bising, lagi aktif 📢
“Kalau kelas riuh, maksudnya Active Learning berjaya!” Hmm… belum tentu. Kalau bising sebab perbincangan akademik, bagus.
Tapi kalau bising sebab gosip tentang drama Korea terbaru? Itu active gossiping, bukan active learning. 😆

4️⃣ Mitos #4: Kena ada teknologi canggih 💻
Ramai ingat Active Learning ini mesti pakai VR, AI, dan semua gajet moden. Hakikatnya, sehelai kertas dan sebatang pen pun dah cukup.
Selagi anda berusaha berfikir secara mendalam dan terlibat dalam proses pembelajaran, itu sudah dikira aktif. Jangan sampai teknologi lebih banyak mengganggu daripada membantu!

5️⃣ Mitos #5: Tak perlu cikgu, semua boleh belajar sendiri ❌👩‍🏫
Active Learning bukan bermaksud “biar pelajar belajar sendiri, cikgu duduk goyang kaki”. Peranan cikgu tetap penting sebagai fasilitator, pemberi maklum balas, dan penyokong utama.
Kalau semua orang boleh belajar sendiri tanpa bimbingan, tak adalah tuisyen mahal-mahal masih laku, kan?

6️⃣ Mitos #6: Active Learning ni ialah bila cikgu tanya “Siapa boleh jawab soalan ni?” ataupun “Kamu semua faham?” 🙋🏻‍♂️
No no no cikgu. Itu bukan active learning. Bila nak aktifkan minda pelajar ni, kena beri peluang mereka berfikir dahulu di dalam kelas, dan kemudian berinteraksi sesama mereka (macam dengan rakan sebelah) dan barulah boleh pilih secara random untuk dapatkan jawapan.
At least kalau mereka dah ada jawapan dalam kepala bila berbincang dengan kawan, dia akan rasa, “Oh aku ingat aku seorang je bagi jawapan macam ni. Rupanya ada geng!” Barulah naikkan konfiden dia untuk berkongsi jawapan dalam kelas!

7️⃣ Mitos 7: Active Learning tu ialah aktiviti Parking Lot, Traffic Light dan Think-Pair-Share SAHAJA 🚦
Kalau makanan favourite kita tomyam, tapi makan tomyam hari-hari, dalam seminggu pun kita boleh jadi bosan kan?
Jadi kita kena pelbagaikan strategi. Janganlah asyik-asyik traffic light, parking lot dan think-pair-share sahaja

Dah jelas tentang Active Learning? Sebenarnya ada berpuluh-puluh malah boleh mencapai ratusan teknik active learning yang kita boleh guna. Cuba try sembang dengan ChatGPT, InShaAllah jumpa jawapannya nanti. Selamat mencuba! 💪🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *