Pernah tak korang tertanya-tanya macam mana nak buat teks jadi lebih menarik dan standout? Ramai yang DM saya tanya rahsia di sebalik teks yang nampak WOW dalam reka bentuk saya. Jadi, hari ini saya akan bongkarkan rahsia tersebut! Dulu hanya saya yang tahu, kini saya kongsi dengan korang supaya semua boleh apply dalam karya masing-masing.
Jom kita terokai teknik text effect yang boleh buat rekaan korang lebih menarik dan profesional! Selamat mencuba!
Tips 1: Neon Effect⚡
Teks neon akan menjadikan rekaan lebih ‘pop’ dan menonjol! Berikut adalah caranya:
- Gunakan text effect neon untuk memberikan cahaya terang pada teks.
- Gunakan text effect Hollow supaya teks kelihatan lebih glowing.
- Gabungkan kedua-dua efek ini untuk menghasilkan teks neon yang lebih menarik!
Tips 2: Shadow Effect 🌑
Bayang-bayang boleh memberikan kedalaman pada teks. Cara nak buat:
- Gunakan text effect shadow text untuk menghasilkan bayang.
- Ubah offset, direction, transparency & blur untuk mendapatkan kesan terbaik.
- Rapatkan kedua-dua perkataan supaya kelihatan lebih realistik dan kemas.
Tips 3: Grunge Effect 🎨
Kalau nak rekaan nampak lebih vintage atau urban, grunge effect adalah pilihan terbaik!
- Search keyword “Grunge” dalam elements.
- Pilih dan tukar warna elements sama seperti warna background supaya blend dengan teks.
- Gabungkan keduanya untuk efek yang lebih dramatik!
Tips 4: Blush Circle 🔴
Teknik ini boleh buat teks nampak lebih soft dan aesthetic:
- Taip teks yang ingin digunakan.
- Cari Blush Circle dalam elements dan adjust transparency supaya lebih natural.
- Gabungkan keduanya untuk mendapatkan efek blur lembut di belakang teks.
Tips 5: Hollow Effect + Gambar 🖼️
Gabungan teks dan gambar boleh mencipta visual yang lebih dinamik:
- Taip teks anda, duplicate, dan apply effect Hollow.
- Pilih gambar pilihan anda dan gunakan background remover.
- Gabungkan kedua-duanya untuk kesan rekaan yang lebih profesional!
Sekarang, dah tiba masanya untuk korang praktikkan semua teknik ini!
📢 Cabaran untuk anda!
Buat rekaan teks menggunakan salah satu teknik ini dan kongsikan di media sosial. Jangan lupa tag @SkolarMalaysia supaya kami boleh lihat hasil kreativiti anda! 🔥
Jom kita sama-sama berkongsi idea! 🚀