Your Preferred 21st Century Lifelong Learning Partner

Saya pernah 4 hari berkampung di UTP untuk tiga hari pertama, saya bersama pensyarah-pensyarah dalam bengkel Flipped-Cooperative Learning with Canva dan baki hari, saya meluangkan masa bersama staff dari bahagian admission, records & marketing untuk Advanced Prompting Skills Training.

Masa tu, saya berkongsi tentang 4 langkah utama dalam prompting untuk menghasilkan dokumen seperti proposal, memo, survey, strategi inisiatif dan lain-lain.

4 Langkah Utama dalam Prompting:

STEP 1: Provide Context

Mula-mula, mintak ChatGPT terangkan dulu tentang tugasan yang kita nak buat. Lagi bagus kalau kita sertakan attachment (contoh dokumen dan maklumat tambahan) supaya ChatGPT benar-benar faham konteks tugas kita.

STEP 2: Outline Questions

Lepas tu, minta ChatGPT tanya kita soalan berkaitan tugas tersebut. Ini penting supaya kita boleh bagi maklumat yang lebih spesifik dan dapat hasil yang lebih tepat dan relevan.

STEP 3: Structure the Outline

ChatGPT akan hasilkan rangka kerja atau outline. Dari sini, kita boleh semak dan ubah suai jika perlu – tambah bahagian baru, ubah susunan atau baiki struktur supaya lebih teratur.

STEP 4: Execute by Sections

Bila rangka dah siap, kita minta ChatGPT siapkan satu bahagian demi satu bahagian sampai selesai. Pendekatan ini lebih sistematik dan memastikan hasil akhir lebih kemas dan tersusun.

Framework POSE untuk Mudahkan Ingatan

Kalau nak ingat langkah ni dengan lebih mudah, guna framework POSE:

P – Provide Context: Beri konteks tugas yang jelas.

O – Outline Questions: Minta soalan untuk perhalusi pemahaman.

S – Structure the Outline: Rangka tugasan dan semak kembali.

E – Execute by Sections: Siapkan setiap bahagian satu per satu.

Mudah kan? Dengan teknik prompting yang betul, kita bukan saja boleh hasilkan hasil kerja yang berkualiti dengan lebih pantas, tapi juga boleh guna ChatGPT sebagai collaborative tool untuk kerja seharian.

Pernah guna teknik POSE ni dalam kerja anda? Atau ada teknik lain yang anda rasa lebih efektif? Jom kongsi pengalaman anda di ruangan komen!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *