Jika anda seorang guru atau pensyarah, cuba teknik ini untuk buat kelas lebih menarik dan interaktif!
- Think-Pair-Share 🧠
➡️ Bagi satu soalan atau isu.
➡️ Pelajar fikir sendiri (1-2 minit), kemudian berbincang dengan pasangan (2-3 minit).
➡️ Akhir sekali, kongsi jawapan dengan kelas.
Teknik ini bantu pelajar lebih yakin bercakap dan membina kefahaman bersama! - One-Minute Paper 📝
➡️ Minta pelajar tulis jawapan kepada satu soalan dalam 1 minit.
➡️ Contoh: “Apa konsep utama yang anda faham hari ini?”
➡️ Kumpul jawapan untuk faham tahap pemahaman mereka.
Kaedah cepat untuk dapat maklum balas pelajar! - Brainstorming & Gallery Walk 🚶🏻♂️
➡️ Tampal kertas/poster dengan topik berlainan di dinding kelas.
➡️ Pelajar bergerak dalam kumpulan kecil untuk menulis idea atau komen di setiap poster.
➡️ Akhir sekali, setiap kumpulan bentangkan dapatan mereka.
Aktiviti ini buat kelas lebih dinamik dan menggalakkan perbincangan aktif! - Muddiest Point ❗❓
➡️ Minta pelajar tulis satu perkara yang paling mengelirukan mereka dalam kelas.
➡️ Kumpul jawapan dan bincangkan sebagai kelas atau jawab satu persatu.
Teknik ini bantu pendidik kenal pasti konsep yang pelajar sukar fahami. - Peer Teaching 👩🏫
➡️ Bahagikan kelas kepada kumpulan kecil.
➡️ Setiap kumpulan belajar satu subtopik dan kemudian ajar kumpulan lain.
Apabila pelajar mengajar, mereka lebih memahami sesuatu konsep! - Concept Mapping 🗺️
➡️ Beri satu tajuk utama dan minta pelajar bina peta minda.
➡️ Sambungkan idea utama dengan konsep berkaitan.
Teknik ini bantu pelajar melihat hubungan antara idea dan meningkatkan pemahaman secara visual. - Snowball Discussion ❄️
➡️ Pelajar tulis pendapat mereka tentang satu isu atas sekeping kertas.
➡️ Kertas dilipat dan dilontarkan seperti ‘snowball’ ke arah rakan lain.
➡️ Setiap pelajar ambil satu kertas dan membaca pendapat rakan.
Teknik ini galakkan idea spontan dan buat kelas lebih menarik! - Case Study Mini-Discussion 🔍
➡️ Berikan satu situasi atau kajian kes pendek.
➡️ Minta pelajar bincangkan penyelesaian dalam kumpulan kecil.
➡️ Setiap kumpulan kongsi pendapat mereka dalam kelas.
Kaedah ini bagus untuk melatih pemikiran kritikal! - Four Corners 🔲
➡️ Labelkan 4 penjuru kelas dengan pilihan jawapan (A, B, C, D).
➡️ Berikan satu soalan, dan pelajar bergerak ke sudut yang mewakili jawapan mereka.
➡️ Minta mereka jelaskan kenapa mereka memilih jawapan itu.
Teknik ini buat kelas lebih aktif dan seronok! - Role Play 🎭🎬
➡️ Minta pelajar berlakon satu situasi berdasarkan topik pelajaran.
➡️ Contoh: Debat antara dua pihak dalam satu isu, atau simulasi temuduga.
Kaedah ini bantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan lebih mendalam melalui pengalaman.
Kesimpulan ✨
10 teknik Active Learning ini boleh dilakukan dalam 5-7 minit untuk menjadikan kelas lebih interaktif dan seronok.
✅ Lebih banyak perbincangan
✅ Lebih pemahaman
✅ Kurang pembelajaran pasif
Apa kata anda cuba satu teknik dalam kelas anda minggu ini dan lihat perbezaannya! Kalau dah cuba, nanti share feedback anda di FB dan tag Skolar Malaysia! 🎓
#SkolarMalaysia #ActiveLearningMadeEasy #ActiveLearning #LearningMadeFun