Your Preferred 21st Century Lifelong Learning Partner

“Aku tak pernah pun belajar pasal pedagogi atau andragogi ni, tapi kelas aku ok je. Ada je yang score, depa pun suka kelas aku!”

Bunyi macam biasa dengar, kan? Ramai pendidik yang beranggapan bahawa kalau pelajar enjoy kelas dan ada yang score, maknanya mereka dah mengajar dengan baik. Tapi, adakah itu cukup? Adakah ‘ok je’ sudah memadai untuk memastikan ilmu yang kita sampaikan benar-benar memberi kesan?

Seronok Tak Bermaksud Berkesan
Sering kali, kita terlalu fokus nak buat kelas yang ‘fun’ — aktiviti menarik, sesi gelak ketawa, pelajar nampak happy. Tapi tanpa kita sedar, keseronokan itu tidak semestinya bermaksud pembelajaran berlaku dengan efektif. Ada aktiviti yang mungkin kelihatan engaging, tapi kosong dari segi impak.

Contohnya, kita buat aktiviti berkumpulan, suruh pelajar siapkan projek dalam satu kumpulan besar. Lepas tu, mulalah dengar rungutan,
“Cikgu, saya je yang buat semua kerja. Kawan lain tumpang nama je.”

Apa yang sebenarnya berlaku? Adakah ini salah pelajar semata-mata? Atau sebenarnya, kita yang tak merancang aktiviti dengan baik? Bila kita tak faham konsep pedagogi dan andragogi, kita cenderung buat aktiviti tanpa strategi yang jelas. Akibatnya, pembelajaran jadi tak seimbang — ada pelajar yang ‘tertinggal’, ada yang tak nampak relevan, dan akhirnya, ada yang sekadar ‘bertahan’ dalam kelas tanpa benar-benar belajar sesuatu.

Mengajar Itu Lebih Daripada Menyampaikan Ilmu
Mengajar bukan sekadar berdiri di depan kelas, bercakap, dan harap semua orang dapat tangkap apa yang kita sampaikan. Mengajar adalah satu proses yang memerlukan strategi, perancangan, dan kefahaman tentang bagaimana manusia belajar.

Bila kita mula mendalami ilmu pedagogi dan andragogi, kita akan sedar bahawa:
✅ Pelajar tak semua belajar dengan cara yang sama. Ada yang visual, ada yang kinestetik, ada yang lebih faham dengan cara bercerita.
✅ Aktiviti pembelajaran perlu ada tujuan jelas, bukan sekadar ‘seronok’ semata-mata.
✅ Teknik mengajar yang berkesan boleh mengubah cara pelajar memahami dan mengaplikasikan ilmu dalam dunia sebenar.

Dengan pendekatan yang betul, kita bukan sahaja boleh memastikan ilmu sampai, tapi juga membantu pelajar untuk lebih berdikari dalam pembelajaran mereka.

Kita Pun Perlu Belajar
Kadang-kadang, kita rasa kita dah cukup bagus sebab kita dah lama mengajar. Tapi dunia pendidikan berubah. Teknologi makin berkembang, generasi pelajar makin berbeza, dan kaedah pembelajaran pun semakin moden. Kalau kita masih guna pendekatan yang sama macam 10 tahun lepas, mungkin kita sedang ketinggalan tanpa kita sedar.

Sebagai pendidik, kita juga perlu ada mindset growth. Kita kena sentiasa upgrade cara kita mengajar, explore teknik baru, dan memahami bagaimana pelajar hari ini belajar. Sebab akhirnya, kita bukan sekadar mahu ‘mengajar’, tetapi kita nak pastikan ilmu yang kita sampaikan benar-benar membawa impak kepada mereka.

Jadi, Apa Langkah Seterusnya?
Kalau kita serius nak jadi pendidik yang lebih berkesan, kita kena mula bertanya soalan yang betul:
💡 Adakah saya benar-benar memahami bagaimana pelajar saya belajar?
💡 Adakah kaedah yang saya guna masih relevan?
💡 Bagaimana saya boleh buat pembelajaran lebih bermakna, bukan sekadar seronok?

Jangan berhenti belajar. Jangan rasa selesa dengan ‘ok je’. Sebab pendidikan bukan tentang kita — ia tentang bagaimana kita membimbing generasi akan datang untuk jadi lebih baik.

Pelajar kita berhak dapat yang terbaik daripada kita. Mari sama-sama perbaiki cara kita mengajar, supaya impak yang kita tinggalkan bukan sekadar di dalam bilik darjah, tapi dalam kehidupan mereka secara keseluruhan. 💪✨

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *