Your Preferred 21st Century Lifelong Learning Partner

Saya ajar sekumpulan pelajar dewasa yang datang dari pelbagai sektor—kerajaan, swasta dan macam-macam lagi. Diorang ni semua profesional: ada polis, pegawai kewangan, document controller, cikgu… you name it! Semester ni, kami explore Generative AI for Modern Applications, satu kursus micro-credential yang baru diperkenalkan.

Untuk projek pertama, saya bagi mereka task: create a short training module untuk tempat kerja masing-masing, guna expertise sendiri. The twist? Kena ada interactive elements macam quiz, discussion dan guna tools seperti ChatGPT supaya lebih engaging. Diorang tak perlu deliver pun, tapi at least boleh practice untuk share knowledge di tempat kerja nanti.

Saya jumpa salah seorang pelajar yang saya buat untuk projek inovasi digital. Dia ni lebih tua dari saya, tapi sangat passionate dengan pembelajaran. Bayangkan, dia ada lima anak dan tiga daripadanya autistic. Tapi dia tak jadikan itu alasan untuk stop belajar—ini dah masuk master kedua dia! Selain jadi project manager dan business mentor, dia juga dah buka sekolah khas untuk anak-anak istimewa sejak 10 tahun lepas. Respect!

Dia cakap dengan saya, dia risau tak sempat siapkan report on time, so dia tanya pendapat saya. Bila dia cerita macam mana dia guna digital innovation dan Gen AI untuk revive business tempat dia kerja sekarang, saya betul-betul impressed. Saya cakap, “You don’t have to overthink. Just tulis apa yang dah dibuat, analyze sikit, reflect and submit.”

Saya juga remind dia, “Why not co-author with ChatGPT? Let AI bantu streamline your ideas and you’ll get it done in no time.” Dia setuju and will get on it soon.

Kadang-kadang, hidup ni penuh dengan kejutan. Kita tak boleh jangka ke mana takdir akan bawa kita. Honestly, saya tak sangka pun skill Generative AI yang saya belajar selama ini boleh jadi game-changer untuk bantu orang lain improve their lives. Sekarang, saya nampak sendiri macam mana benda ni boleh jadi sumber pendapatan bukan je di Malaysia, tapi juga di Brunei.

Bantu orang lain buat saya rasa lebih bersemangat. It reminds me that we all have something to give back to make the world a better place.

Belajar satu skill hari ni untuk masa depan yang lebih cerah. 🚀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *