Orang lain sudah maju menggunakan AI. Anda pula baru ingin bermula…
Jika anda pernah terfikir begini, ketahuilah bahawa anda bukan keseorangan. Ramai juga yang merasa ketinggalan, terutamanya apabila melihat rakan-rakan sudah mula menggunakan AI untuk tugasan kerja, perniagaan atau pembelajaran.
Namun inilah hakikatnya: anda sebenarnya tidak lewat. Anda baru hendak bermula dan itu merupakan langkah paling penting.
Berikut merupakan tujuh langkah mudah untuk mula belajar AI, walaupun dari zero:
- Fahami bahawa AI bukan hanya untuk golongan teknologi.
Ramai beranggapan bahawa untuk menggunakan AI, seseorang perlu mahir dalam pengekodan. Namun, hakikatnya AI pada hari ini sangat mesra pengguna. Sekiranya anda tahu, internet dan menaip, itu sahaja sudah mencukupi untuk bermula. Alat seperti ChatGPT, Canva Magic dan Notion AI memang direka khas untuk memudahkan pengguna biasa.
- Fahami konsep asas AI.
Anda tidak perlu menjadi pakar untuk bermula. Cukup jika anda memahami serba sedikit tentang apa itu AI, machine learning dan model bahasa berskala besar (Large Language Models). Selain itu, kenal pasti serta bezakan beberapa alat AI yang popular. Sumber percuma untuk mula belajar termasuklah video YouTube bertajuk “AI for Beginners” atau carian Google seperti “AI for Everyone”.
- Biasakan diri menggunakan alat AI.
Jangan menunggu sehingga anda rasa sudah mahir baru mahu mencuba. Mula sahaja dengan meneroka. Sebagai contoh, anda boleh gunakan ChatGPT untuk mendapatkan idea dan menjana teks, Canva Magic untuk menghasilkan rekaan secara automatik, serta Notion AI untuk membantu penyediaan dokumen, nota atau laporan. Makin kerap anda menggunakan, makin mudah untuk memahami keupayaannya.
- Pilih satu tujuan utama.
AI merupakan bidang yang sangat luas. Oleh itu, lebih baik sekiranya anda fokus kepada keperluan semasa anda. Sekiranya anda ingin membina perniagaan, AI boleh membantu dalam pemasaran dan penghasilan kandungan. Jika anda seorang pendidik atau pekerja pejabat, AI boleh memudahkan proses automasi dan penyusunan laporan. Jika anda berminat dengan teknologi, AI boleh digabungkan bersama automasi dan pengaturcaraan asas. Apabila anda mempunyai fokus, pembelajaran akan menjadi lebih terarah dan berkesan.
- Pelajari kemahiran memberi arahan atau ‘prompting’.
Prompt merujuk kepada cara kita memberi arahan kepada AI. Semakin jelas dan spesifik arahan yang diberikan, semakin berkualiti hasil yang diperoleh. Sebagai contoh, jika anda ingin AI membantu menghasilkan bahan pengajaran, anda boleh memberi arahan seperti, “Sila bantu saya hasilkan slaid pembentangan bertajuk Pendidikan Abad ke-21 untuk murid sekolah menengah.” Kemahiran ini akan bertambah baik melalui latihan yang konsisten.
- Sertai komuniti AI.
Belajar seorang diri kadangkala boleh membuatkan kita rasa hilang arah dan mudah berputus asa. Namun apabila anda menyertai komuniti pembelajaran, semangat dan motivasi untuk terus belajar akan meningkat. Melalui komuniti, anda boleh berkongsi pandangan, mendapatkan maklum balas, serta menerima kemas kini tentang alat-alat baharu yang muncul. Antara komuniti yang disarankan termasuk Komuniti Belajar Generative AI Percuma, Komuniti Belajar Canva Percuma, serta Komuniti Pendidik dan Trainer SKOLAR.
- Teruskan eksplorasi secara konsisten.
Luangkan hanya lima belas minit sehari pun sudah mencukupi untuk membina kefahaman secara berperingkat. Yang penting bukan siapa yang bermula dahulu, tetapi siapa yang terus belajar tanpa henti. AI bukan sekadar alat teknologi. Ia merupakan penyelesaian yang boleh menjadikan kehidupan lebih mudah — daripada pengurusan kerja, penulisan kandungan, hinggalah automasi tugasan berulang.
Akhir sekali, satu peringatan:
Jangan tunggu sehingga anda menjadi pakar untuk bermula. Jangan tunggu esok, dan jangan tunggu waktu yang kononnya ‘lebih sesuai’. Mula sahaja hari ini. Kerana sebenarnya, tiada siapa yang benar-benar terlambat. Yang benar-benar tertinggal hanyalah mereka yang enggan mencuba langsung.
Jika anda ingin bermula hari ini tetapi masih keliru, anda dialu-alukan untuk menyertai Komuniti Pendidik dan Trainer SKOLAR. Di sini, anda boleh belajar tentang AI, kemahiran abad ke-21, dan pelbagai kemahiran digital — semuanya dalam suasana komuniti yang menyokong dan santai.