Your Preferred 21st Century Lifelong Learning Partner

JANGAN CUBA KALAU BELUM BACA!

Cikgu-cikgu, pernah tak rasa macam masa 24 jam tak cukup nak siapkan bahan mengajar? 😩

Cikgu Aini, seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, sering berdepan dengan masalah yang sama setiap hari. Selalu tak cukup masa untuk menyiapkan bahan mengajar yang menarik. Sebabnya kena menyemak buku latihan pelajar, menghadiri mesyuarat, dan menguruskan hal-hal admin, dia rasa seperti 24 jam sehari tak cukup!

Suatu hari, Cikgu Aini tertanya-tanya, “Kenapa kerja aku ni macam tak pernah habis-habis? Poster untuk program sekolah pun tak sempat nak design cantik-cantik.”

Tiba-tiba, dia teringatkan rakan sekerja, Cikgu Ali, seorang guru Matematik yang terpaling Canva dari Selangor yang selalu berkongsi tips siapkan bahan mengajar dengan cepat dan cantik dengan Canva.

Jadi Cikgu Aini pun bertanya apa rahsia cikgu Ali, rupa-rupanya, rahsianya adalah shortcut keyboard Canva!

Dengan semangat ingin mencuba, Cikgu Ain mula belajar beberapa shortcut mudah:

Ctrl/Cmd + C – Salin (Copy)

“Tak perlu lagi klik kanan dan cari ‘Copy’!”

Ctrl/Cmd + V – Tampal (Paste)

“Laju je nak tampal gambar atau teks!”

Ctrl/Cmd + Z – Buat Semula (Undo)

“Kalau tersalah klik, tak perlu risau, tekan je shortcut ni!”

Ctrl/Cmd + D – Salin dan Tampal Objek (Duplicate)

“Nak buat banyak kotak atau teks yang sama? Senang je!”

Selepas beberapa hari menggunakan shortcut ini, Cikgu Ain rasa seperti dia ada superpower baru! Buat kerja selaju Sonic! Masa yang dulu digunakan untuk klik sana sini, sekarang boleh fokus pada kreativiti dan kualiti bahan mengajar.

Kadang ada lebihan masa Cikgu Aini, habiskan masa untuk “me time” dengan menghabiskan masa menonton K Drama terbaru di Netflix. Wah seronok ya.

Masalah yang sering dihadapi cikgu-cikgu:

💔 Masa terhad nak siapkan bahan mengajar.

💔 Tak tahu cara untuk kerja lebih efisien.

💔 Rasa stress bila kerja menimbun.

Penyelesaian:

Dengan shortcut Canva, cikgu-cikgu boleh:

💜 Menjimatkan masa.

💜 Kurang stress sebab kerja lebih cepat siap.

💜 Hasilkan bahan mengajar yang lebih kreatif dan menarik.

Sepanjang proses belajar shortcut Canva ini, Cikgu Aini dan Cikgu Ali semakin rapat. Mereka sering berbincang tentang cara terbaik untuk menggunakan Canva, berkongsi tips, dan saling membantu.

Dari situ, mereka mula explore banyak perkara bersama – dari design bahan mengajar hinggalah ke aktiviti luar seperti menghadiri bengkel pendidikan dan makan-makan di kedai kopi.

Lama-kelamaan, hubungan mereka mula berubah. Dari sekadar rakan sekerja, mereka mula rasa ada sesuatu yang istimewa. Cikgu Aini suka cara Cikgu Ali sabar mengajarnya, manakala Cikgu Ali pula kagum dengan kreativiti dan semangat Cikgu Aini.

Kini, hubungan mereka sudah mula berputik cinta. 💖

Shortcut Favorite Cikgu Aini & Cikgu Ali:

Ctrl/Cmd + G – Group (Gabungkan Objek)

“Senang nak gerakkan banyak objek sekali gus!”

Ctrl/Cmd + Shift + G – Ungroup (Pisahkan Objek)

“Kalau nak edit satu-satu, tekan je shortcut ni!”

Shift + Klik – Pilih Pelbagai Objek Sekaligus

“Tak perlu drag mouse lama-lama!”

Cikgu-cikgu, jangan biarkan kerja menimbun buat kita rasa tertekan. Dengan shortcut Canva, kita boleh jadi lebih produktif dan kreatif! 🎨

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *