Your Preferred 21st Century Lifelong Learning Partner

Dalam webinar saya yang lepas, saya sudah menekankan tiga sebab utama KENAPA pendidik perlu mula menggunakan ChatGPT atau Generative AI dalam pengajaran dan pembelajaran. Kalau belum cuba, ini mungkin boleh ubah cara kita bekerja dan hidup!

1. Jimat Masa Penyediaan Bahan

Berapa lama kita habiskan masa semata-mata untuk fikir soalan kuiz, bina modul dan reka bahan bantu mengajar? Kadang-kadang dah fikir lama-lama pun tak jadi, last-last recycle je bahan lama walaupun tahu ia kurang relevan. Dengan AI, kerja ni semua boleh dipermudahkan. Tak perlu lagi pening kepala nak cari idea—AI boleh bantu hasilkan draf awal, kita tinggal sesuaikan ikut keperluan.

2. Lebihkan Masa Dengan Pelajar

Kajian McKinsey menunjukkan guru-guru hanya luangkan kurang daripada 50% masa seminggu bersama pelajar. Selebihnya? Hanyalah untuk buat bahan mengajar, semak tugasan dan urusan pentadbiran… yang kadang-kadang lebih banyak daripada masa sebenar kita mengajar! Bila AI boleh tolong kita dalam kerja-kerja belakang tabir ni, kita boleh lebih fokus pada pelajar—bukan sekadar akademik tetapi juga pembangunan karakter dan sahsiah mereka.

3. Jaga Kesihatan Mental & Work-Life Balance

Kita hidup di zaman yang serba mencabar, beban kerja semakin banyak sampai kadang-kadang boleh buat kita stres. Rasa overwhelmed, burnout dan hilang masa berkualiti dengan keluarga… Tapi dengan AI, banyak benda boleh dipermudahkan. Kerja tetap siap, tetap berkualiti dan kita pun masih ada masa untuk diri sendiri serta orang tersayang. Malam boleh relax, tak perlu bawa balik kerja ke rumah.

Jadi, rugi ke kalau guna Generative AI macam ChatGPT ni? InshaAllah tak! Kalau anda belum pernah cuba, mulakan hari ini. Saya tak dapat komisen pun kalau anda guna ChatGPT tapi saya nak anda rasa perubahan positif yang saya dah alami—kerja siap lebih cepat, balik kerja on time dan hidup lebih tenang.

Cubalah dan rasai sendiri perbezaannya! 🚀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *