Your Preferred 21st Century Lifelong Learning Partner

Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) selalunya mengambil masa yang lama. Guru perlu mencari idea, menyusun kandungan dan memastikan bahan yang dihasilkan itu sesuai kepada pelajar. Dengan bantuan AI sepeti ChatGPT, proses ini menjadi lebih mudah dan pantas tanpa menjejaskan kualiti pengajaran.

Langkah pertama adalah guru perlu menentukan topik dan sasaran BBM. Guru perlu jelas tentang subjek yang ingin diajar, tahap murid, dan jenis BBM yang sesuai. Contohnya, jika ingin menyediakan latihan tatabahasa untuk murid Tahun 4, pastikan jenis latihan yang dipilih sesuai dengan tahap pemahaman mereka.

Selepas menentukan keperluan BBM, ChatGPT boleh digunakan untuk mendapatkan idea menarik. Taip sahaja permintaan seperti “Beri saya idea BBM interaktif untuk ajar tatabahasa Tahun 4,” dan dalam beberapa saat, anda akan menerima pelbagai cadangan. Antara idea yang boleh digunakan termasuk permainan teka silang kata, kad imbas atau aktiviti isi tempat kosong yang dapat membantu murid memahami konsep dengan lebih baik.

Apabila idea BBM telah dipilih, langkah seterusnya ialah menghasilkan kandungan. Anda boleh meminta ChatGPT mencipta latihan yang lengkap dan terus boleh digunakan. Contohnya, jika ingin menyediakan latihan isi tempat kosong tentang kata adjektif, taip sahaja “Cipta latihan 10 soalan isi tempat kosong tentang kata adjektif untuk murid Tahun 4.” Dalam sekelip mata, latihan siap tersedia untuk dicetak atau dimuat naik ke platform pembelajaran.

Selain kandungan, reka bentuk BBM juga penting untuk menarik perhatian murid. ChatGPT boleh membantu menghasilkan teks yang sesuai, sementara tools lain seperti Canva atau ClassPoint boleh digunakan untuk menyusun dan menghias bahan dengan lebih menarik. Jika memerlukan template, anda hanya perlu menaip arahan seperti “Beri saya template nota ringkas tentang Fotosintesis,” dan anda akan mendapat format yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pengajaran.

ChatGPT juga boleh menjana soalan dan kuiz secara automatik. Jika ingin menyediakan soalan pilihan ganda untuk Sejarah Tingkatan 2, cukup dengan menaip “Buat 5 soalan kuiz pilihan ganda tentang Sejarah Tingkatan 2 – Bab Tamadun Awal.” Soalan lengkap bersama jawapan akan dihasilkan dalam masa yang singkat, menjimatkan masa guru untuk fokus kepada pengajaran.

Bagi guru yang ingin menghasilkan BBM berbentuk cerita, ChatGPT juga boleh membantu. Contohnya, untuk mengajar nilai murni kepada murid Tahun 2, anda boleh meminta “Tulis cerita pendek tentang sikap jujur untuk murid Tahun 2.” Cerita ini boleh digunakan dalam aktiviti membaca dan pemahaman, menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menarik.

Dahulu, menyediakan BBM memakan masa berjam-jam, malah berhari-hari. Kini, dengan bantuan ChatGPT, masa yang diambil menjadi lebih pendek, idea lebih kreatif dan bahan lebih interaktif. Guru boleh menumpukan lebih perhatian kepada pengajaran dan memastikan pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid. Cubalah hari ini dan rasai perbezaannya!

Jangan lupa ikuti laman sosial Skolar Malaysia untuk mendapatkan informasi berkenaan satu program terkemuka yang bakal mengubah masa depan pendidik pada 11 – 12 Oktober 2025. Jumpa anda di sana!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *