Your Preferred 21st Century Lifelong Learning Partner

Setiap kali menjelang Hari Raya, pasti kita lihat pelbagai poster raya yang kreatif menghiasi media sosial, terutama dari kalangan para pendidik. Tahun ini, trend menggunakan poster AI dan lagu raya terkini semakin popular. Namun, tahukah anda bahawa anda boleh mencipta poster raya sendiri dengan mudah dan pantas menggunakan Canva?

Dengan beribu-ribu template percuma yang tersedia, anda boleh menghasilkan poster raya profesional dalam masa 1 minit sahaja! Ikuti langkah-langkah mudah ini:

Langkah 1: Buka Canva

  • Pergi ke laman web www.canva.com
  • Login ke akaun anda (atau daftar secara percuma jika belum mempunyai akaun).
  • Nak lebih mudah? Muat turun aplikasi Canva di telefon bimbit anda.

Langkah 2: Cari Template “Raya”

  • Gunakan search bar dan taip: Poster Hari Raya
  • Canva akan memaparkan pelbagai template cantik dan menarik.
  • Nak formal? Ada.
  • Nak gaya comel & playful? Pun ada.

Langkah 3: Edit Teks

  • Klik pada teks dalam template dan ubah mengikut ucapan anda sendiri.
  • Contoh ucapan: “Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir & BatinIkhlas daripada SK Sungai Siput”
  • Dalam 10 saat sahaja, teks anda sudah siap!

Langkah 4: Tukar Warna dengan “Styles”

  • Tekan tab “Design” (sebelah kiri)
  • Scroll ke bawah sehingga jumpa pilihan Styles
  • Pilih color palette yang sesuai dengan tema anda.
  • 1 klik sahaja dan seluruh rekaan poster akan berubah mengikut tema warna pilihan anda!

Langkah 5: Masukkan Logo atau Gambar

  • Jika anda mempunyai logo sekolah, team atau syarikat, boleh upload terus ke dalam poster.
  • Mahu tambah gambar family atau team pendidik? Boleh!
  • Ini akan menjadikan poster lebih personal & eksklusif.

Langkah 6: Download & Siap!

  • Klik Share > Download
  • Pilih format: PNG (jika untuk kegunaan digital atau media sosial) ATAU PDF (jika mahu cetak)
  • Done! Poster raya anda sudah siap dalam kurang 1 minit!

BONUS TIP: Guna “Magic Design” untuk Lebih Mudah!

Jika anda tak tahu nak mula dari mana, cuba gunakan Magic Design dalam Canva:

  • Upload gambar anda.
  • Canva akan auto-generate beberapa rekaan poster untuk anda pilih.
    Lagi cepat daripada masak nasi masa sahur!

Anda dah tak perlu bayar mahal untuk dapatkan poster raya yang cantik dan profesional terutamanya pada pendidik yang boleh menikmati Canva Edu. Dengan Canva, semua alat rekaan tersedia secara percuma, mudah & laju. Jadi, tunggu apa lagi? Cubalah sekarang dan hasilkan poster raya anda sendiri!

Jika artikel ini membantu, jangan lupa share dengan rakan-rakan anda. Selamat mencipta poster dan selamat hari raya! #CanvaTips #PosterDesign #Raya2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *