Your Preferred 21st Century Lifelong Learning Partner

Ramai yang percaya nak mulakan bisnes kena ada idea yang original dan gempak. Ada juga yang fikir kena tunggu ada modal besar baru boleh start. Sebenarnya, kedua-dua mindset ini salah.

Hakikatnya, bisnes yang berjaya bermula dengan sesuatu yang kita suka, sesuatu yang kita passionate about dan yang memberi nilai kepada diri sendiri serta orang lain.

  1. Start Apa yang Anda Suka

Kalau nak tahu macam mana nak mulakan bisnes, tanyakan diri sendiri: “Apa yang aku suka buat?”

Sebagai contoh, saya suka bantu pengguna Canva mengenali nilai mereka sendiri dan berkongsi ilmu (ripple effects). Saya juga minat mengajar. Saya boleh habiskan masa seharian untuk memahami strategi pengajaran yang berkesan. Saya enjoy proses ini.

Tapi ada orang akan kata: Jangan ikut passion kalau nak buat duit! Passion selalunya tak mendatangkan hasil awal-awal. Betul, tapi itu sebab ramai yang belum aplikasikan mindset bisnes dalam apa yang mereka suka.

  1. Bezakan Diri Anda

Saya suka Canva, jadi saya wujudkan komuniti sendiri untuk berkongsi dan membimbing orang lain. Mungkin ramai dah buat benda yang sama, tapi tak semua buat dengan penuh hati dan kesungguhan. Ramai sekadar nak dapat duit, jadilah. Tapi saya fokus kepada teaching with pedagogy—saya pastikan pembelajaran jadi lebih mudah, saya buat kelas secara real-time, bukan sekadar rakaman dan saya bantu pelajar mengikut tahap pemahaman mereka supaya mereka tak rasa tertekan.

Itulah yang membezakan saya daripada trainer Canva yang lain. Obses saya terhadap mengajar menjadikan saya unik dalam bidang ini.

  1. Tanya Soalan Ini Sebelum Mula

Sebelum mulakan bisnes, tanya diri sendiri: “Adakah aku betul-betul nak buat benda ni?”, “Atau sekadar ikut trend sebab orang lain kata boleh buat duit?”

Jawapan ada pada diri anda. Sekarang, ambil kertas dan tulis:

  • Apa yang anda suka buat?
  • Apa yang anda tak suka buat?
  • Apa yang anda suka, anda kena jadi expert dalam bidang tu. Apa yang anda tak suka, boleh outsource!

Minat Canva? Nak tahu macam mana anda boleh buat duit dengannya? Stay tuned untuk perkongsian seterusnya!

One Response

  1. Salam sejahtera.. sy mula memikirkan bagaimana utk menyediakan bahan-bahan pembelajaran bagi murid berkeperluan pendidikan khas sperti slow learner dan autistik. Pengalaman 25 thn dlm bidang pendidikan khas telah memotivasikan saya utk mula menulis dan menghasilkan bahan pdp interaktif berasaskan canva

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *