“Dr, boleh buat sharing pasal PBL (Problem-Based Learning)?”
“Boleh, saya boleh sharing, tapi saya tak jamin lepas sharing nanti korang rasa nak implement atau terus nak tarik diri daripada implement.”
“Sebab apa Dr?”
“PBL ni, kalau silap faham, tak pandai uruskan atau terlalu ambitious sangat, bukan sekadar student yang trauma, sekali dengan kita pun trauma.”
Belajar Ada Disiplinnya
PBL sering dianggap sebagai salah satu pendekatan Student-Centered Learning (SCL) yang fleksibel dan boleh diubah suai mengikut keperluan. Namun, realitinya, untuk melaksanakan PBL dengan berkesan, kita perlu ada scaffolding yang betul. Tanpa asas yang kukuh, pelaksanaan PBL boleh menjadi kucar-kacir, malah lebih banyak memudaratkan daripada memberi manfaat.
Jadi, apa bentuk scaffolding yang diperlukan?
- Bermula Dengan Active Learning
Jika seorang pendidik belum biasa dengan kaedah pembelajaran aktif yang tersusun, mulakan dengan active learning dahulu. Pelajari cara menggunakan advanced organiser, aktiviti perbincangan yang strategik dan closure semasa sesi pembelajaran. Contohnya, teknik Think-Pair-Share perlu dilakukan mengikut struktur asalnya, bukan sekadar terus ke “Pair & Share” sahaja. Teknik-teknik seperti ini penting kerana ia boleh menjadi sebahagian daripada strategi scaffolding untuk PBL nanti. - Menguasai Team-Based Learning
Langkah seterusnya ialah mempelajari strategi pembelajaran koperatif (cooperative learning). Di sini, pendidik perlu memahami bagaimana:
- Menguruskan pasukan pelajar
- Mengendalikan konflik antara pelajar
- Membentuk kumpulan secara heterogeneous (bukan membiarkan pelajar memilih kumpulan sendiri)
- Memastikan setiap aktiviti berkumpulan masih mengupayakan pembelajaran kendiri pelajar
PBL memerlukan pelajar bekerja dalam pasukan, jadi jika aspek pembelajaran koperatif tidak dikuasai, PBL boleh menjadi huru-hara.
- Barulah Boleh Buat PBL Dengan Hati Kering
Apabila asas pembelajaran aktif dan koperatif sudah kukuh, barulah boleh mula menerapkan PBL dengan lebih yakin. Tapi bersedialah, kerana kali pertama melaksanakan PBL, pendidik mungkin akan tertanya-tanya, “Aku buat ni betul ke tak?”
Situasi yang sering berlaku ialah pelajar mula rasa lost, tidak nampak hala tuju dan keliru dengan langkah-langkah yang diberikan. Ini kerana mereka terbiasa dengan kaedah pembelajaran yang lebih langsung, bukan proses yang memerlukan pemikiran mendalam.
“Berapa Lama Masa Diperlukan Untuk Kuasai PBL?”
Jika ingin melaksanakan PBL dengan asas yang betul:
- 2 hari untuk active learning
- 2 hari untuk cooperative learning (3 hari jika mahu masukkan flipped classroom)
- 3 hari untuk PBL, termasuk latihan role-play
“Kalau nak skip terus buat kursus PBL?”
“Boleh, tapi risiko kecelaruan tanggung sendiri, trauma pun tanggung sendiri!” 😆
Banyak pendidik yang telah melalui perkongsian ini boleh mengesahkan – kursus 2 jam memang tak cukup untuk memahami dan melaksanakan PBL dengan berkesan.
Jadi, kalau betul nak buat PBL, jangan terburu-buru. Pastikan ada asas yang kukuh supaya perjalanan pembelajaran tidak menjadi satu beban tetapi satu pengalaman yang memberi impak positif kepada pelajar dan juga pendidik. 🚀